Slider

'Selamba acik dia je jual air ketum di Flat Hijau Putrajaya'

Polis tahan individu jual air ketum di Flat Hijau Putrajaya



Polis menahan seorang individu yang didapati mengedar air ketum di sekitar daerah Putrajaya.


Terdahulu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Putrajaya mengesan seorang individu membuat pengiklanan menjual air ketum di Facebook dan menawar penghantaran terus kepada pembeli. 


Hasil dari risikan yang dilakukan, polis berjaya menahan suspek di Presint 9 dan turut merampas 10 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair air ketum. 


Difahamkan suspek berusia 23 tahun yang juga peniaga udang di Banting, sanggup datang ke Putrajaya untuk menghantar bungkusan air ketum itu kepada pelanggan. 


Suspek yang masih bujang, tinggal bersama abangnya dipercayai baru sahaja memulakan aktiviti haram itu dan mendapat bekalan dari seorang pembekal di Kuala Lumpur dengan harga RM10 sebungkus yang kemudian dijualnya dengan harga RM15. 


Suspek direman selama empat hari untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) akta yang sama. 


Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM10 riub atau hukuman penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali. 


Polis menasihatkan orang ramai tidak terbabit dalam aktiviti menjual, membeli serta meminum air ketum. Sebarang maklumat mengenai aktiviti terlarang itu boleh dimaklumkan kepada IPD Putrajaya di talian 03-88862145. 


Sumber: IPD Putrajaya

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo