Slider

'Sikap suka menunggang agama punca Bangsa Johor tolak PAS' - Khaled Nordin

Khaled Nordin bidas kenyataan Hadi Awang yang mendakwa rakyat Johor kurang kesedaran mengenai politik Islam.



Suka menunggang agama dan jumud (berfikiran sempit) menjadi sebab mengapa rakyat di Johor  menolak pemimpin dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, orang Melayu akan terus mundur sekiranya menjadikan PAS sebagai pilihan mereka kerana PAS bukan menghidupkan Islam, tetapi mencari kehidupan, kemewahan dan jawatan dengan menunggang agama. 


"Yang ditolak oleh rakyat Johor ialah kejumudan PAS dan bukan politik Islam. Yang tidak disukai oleh bangsa Johor ialah PAS yang menunggang agama bukan Islam yang syhumul.


"Politik Islam pada rakyat Johor ialah Johor yang Islami. Islam sebagai pemacu kemajuan dan Islam yang mengajak orang Johor berlumba-lumba melakukan amal soleh. 


"Bukan politik Islam dengan masjid imam dua imam, fatwa kafir-mengkafir dan segala kejatuhan talak jika tidak menyokong PAS," katanya menerusi Facebook miliknya baru-baru ini.


Hadi Awang terdahulu mendedahkan PAS tidak dapat menawan hati penduduk di Johor yang kurang kesedaran mengenai politik Islam, meskipun Johor antara negeri yang terawal ditubuhkan cawangan PAS. 


Tambah Khaled lagi, Johor juga bukan negeri yang paling ramai orang miskin seperti di Kelantan kerana Johor dipacu dengan pelaburan asing, perdagangan, ekonomi rentas sempadan dan pelbagai nilai yang progresif. 


"Bukan negeri tanpa bekalan air bersih, rakyat berhijrah keluar kerana tiada pekerjaan dan kerajaan diuruskan dengan wang ihsan dan bila dapat sahaja wang ihsan, keutamaan politik Islam PAS ialah 'Mercedes' untuk exco," katanya. 


Sumber: Facebook Khaled Nordin

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo