Slider

'Singapura maju sebab tak ada UMNO-BN, mudah nak bangunkan negara' - Naib Presiden PAS

Mohd Amar Abdullah gesa rakyat Johor usah mudah terpengaruh dengan modal janji-janji pembangunan kerana itu memang tanggungjawab kerajaan



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam mendakwa rakyat Johor menolak PAS kerana pemimpin parti itu hanya menunggang agama untuk mencari kehidupan mewah dan jawatan, berbanding UMNO-BN yang sentiasa keseimbangan dalam semua perkara. 


Kata Khaled lagi, bangsa Melayu akan terus mundur sekiranya menjadikan PAS sebagai pilihan mereka di Pilihan Raya Negeri (PRN).


Serangan dari pemimpin UMNO itu sudah tentu membuat para pemimpin PAS tidak senang duduk. Dalam laporan Harakah Daily hari ini, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata negara jiran, Singapura, jauh lebih maju berbanding Malaysia kerana negara itu tidak mempunyai UMNO-BN. 


"Cuba kita lihat Singapura, mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia? Tentulah yang lebih maju adalah Singapura. Saya minta maaf untuk bertanya secara berterus terang, UMNO ada ke di Singapura? 


"Ada ke BN di Singapura? Tak ada. Ini bermakna, jika tidak ada UMNO ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara," katanya. 


Bercakap mengenai pembangunan negara, Amar berkata rakyat Johor tidak perlu terpengaruh dengan janji-janji politik pembangunan yang ditabur kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang dilantik oleh rakyat untuk membangunkan kemudahan asas tersebut. 


"Pembangunan b oleh dibuat oleh sesiapa sahaja seperti jalan raya, hospital dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan, dia mesti melakukan pembangunan. Oleh itu kita tidak berjanji sekiranya kita menjadi kerajaan, kita akan membina jambatan atau jalan raya sebab itu adalah tanggungjawab kerajaan. 


"Contoh seperti orang yang berkahwin, apabila dia sudah berkahwin dia tidak perlu berjanji untuk sampai satu masa nanti nak mengandung dan melahirkan anak. 


"Mana ada seorang lelaki pergi meminta orangg perempuan, "Pakcik, kalau bagi Minah ni jadi isteri saya, saya pastikan beranak sore setahun". Sebab hal tersebut natural. Apabila berkahwin, mesti melahirkan anak jika tiada masalah," ujarnya. 


Sumber: Harakah Daily

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo