Slider

Sofia Raniya hilang, ibu rayu orang ramai bantu cari anaknya



Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Midah 1, Cheras, dilaporkan hilang, petang Rabu.


Menurut wanita yang dikenali sebagai Ryana berkata, anaknya, Sofia Raniya didapati hilang dan sehingga kini masih belum berjaya ditemui. 


Difahamkan, sesi persekolahan waktu petang tamat pada jam 5.50 petang dan apabila Ryana sampai di sekolah pada jam 6.30 petang, kelibat anaknya tidak kelihatan.


"Sepatutnya balik sekolah jam 5.50 petang, saya sampai jam 6.30 petang, dia dah tak ada," kata ibu mangsa seperti yang tular di aplikasi WhatsApp. 


Ryana dikatakan terlewat tiba di sekolah anaknya kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.


Gambar Sofia Raniya kini disebarkan di semua platform media sosial untuk meminta bantuan orang ramai mengesan kanak-kanak berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi Puan Ryana di talian 012-2619807.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo