Slider

Suami isteri, pengasuh & bayi berusia 11 bulan maut terkena renjatan elektrik ketika mandi

Si ibu yang sedang memandikan anaknya berusia 11 bulan di bilik mandi terkena renjatan elektrik, sebelum suami dan pengasuh datang untuk membantu.



Empat termasuk seorang bayi dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik di bilik mandi di sebuah rumah, Kecamatan Pulogadung, Jakarta Timur, Indonesia, Ahad lalu, 20 Mac 2022. 


Sumber berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang waktu tempatan yang melibatkan seorang bayi berusia 11 bulan, tiga individu dewasa berusia 29, 37 dan 51 tahun. 


Ketua Polis Daerah Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu berlaku ketika si ibu (29), memandikan anaknya di bilik mandi dan tiba-tiba berlaku renjatan elektrik dari alat pemanas air. 


Renjatan itu menyebabkan wanita itu menjerit dan mengundang perhatian dari pengasuh berusia 51 tahun itu datang membantu. Malangnya, pengasuh berkenaan turut terkena renjatan. 


Suami mangsa yang ketika itu sedang makan bergegas mendapatkan mereka dan turut terkena renjatan elektrik. 


Di kediaman keluarga itu, seorang lagi pembantu rumah, Fauziah, adik kepada pengasuh bayi berkenaan, juga terdengar jeritan itu lalu datang dan mendapati kesemua mangsa sudah terbaring di lantai dan terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. 


Paramedik yang berada di lokasi mengesahkan kesemua mangsa telah meninggal dunia. 


Siasatan awal mendapati bahagian plug alat pemanas air kelihatan hangus. Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. 


Sumber: Kompas

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo