Slider

'Tak masuk akal disuruh baca ikrar Rukun Negara semasa interview biasiswa JPA' - Adik try back up abang, tapi disound setepek oleh netizen

Foto hiasan


Seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai perihal abangnya yang diminta membaca ikrar Rukun Negara ketika menghadiri temuduga dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memohon biasiswa kerajaan. 


"Pagi ni abang saya ada temuduga dengan JPA (permohonan biasiswa), dia diminta membaca ikrar Rukun Negara. LOL. Terkejut. Kalau diorang minta nyanyikan lagu Negaraku, bukankah itu lebih mudah?" ciapnya pada 9 Mac lalu. 


Ciapan lelaki itu mengundang kritikan netizen kerana ikrar Rukun Negara sepatutnya mudah dan tiada alasan untuk tidak mengingatinya kerana sepanjang berada di bangku sekolah, para pelajar sentiasa diingatkan mengenai Rukun Negara. 


Tetapi, lelaki itu berkata netizen 'tak relaks' dan menegaskan membaca ikrar Rukun Negara tidak wajar menjadi kayu pengukur dirinya seorang rakyat Malaysia yang sejati. 


"Aiseh komen-komen ini semua tak relaks. Baca ikrar Rukun negara untuk buktikan sejauh mana saya orang Malaysia ke? Tak masuk akal langsung," ciapnya. 




'Keangkuhan' lelaki itu sekali lagi mengundang kritikan netizen yang kemudian menyekolahkannya agar tidak lupa bahawa biasiswa yang diminta oleh abangnya itu adalah biasiswa kerajaan dan pihak JPA mempunyai hak untuk meminta calon temuduga berbuat demikian. 


"Rukun Negara dan lagu Negaraku adalah perkara yang diulang-ulang sejak sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Benda pun dah melekat dalam memori teras. Tak tahulah kalau sekolah vernakular tak buat perkara ini," kata Dazia. 


"Jadi, abang kau gagal la ye baca ikrar Rukun Negara? (Terkejut!)," kata YouFoundMe. 


"Kalau minta biasiswa Shell/Petronas, sudah tentu mereka boleh bertanya perihal dan sejarah syarikat. Kalau minta biasiswa JPA, sudah tentu mereka boleh tanya perihal negara," kata APTB. 


"Apa masalahnya disuruh baca ikrar Rukun Negara sekali lagi? Yang diminta itu pun biasiswa JPA. Jangan cakap abang kau tak tahu dan tak ingat lima prinsip Rukun Negara?" kata Deeban Kumar. 


"Jadi? Aku tak nampak apa masalahnya di sini. Takkanlah abang kau tak tahu rukun negara? Kalau tak tahu, memang patut disqualified. Itu perkara asas kot," kata Riz. 


"Kan dah nampak kurang cerdik di situ. Nak meraih simpati tapi reaksi sebaliknya diterima. Pergi JPN mohon tukar warganegara je la. Rukun Negara pun tak tahu," kata Nazirul.


Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di Facebook dan Instagram The Reporter. 


Sumber: Twitter

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo