Slider

(Video) Penunggang basikal menuruni bukit dengan laju langgar Toyota Alphard

Video penunggang basikal langgar Alphard undang pelbagai reaksi netizen di media sosial


Tular di media sosial video seorang penunggang basikal merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di Jalan Nusa Bukit Tungku, semalam. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Liumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 10.11 pagi ketika Toyota Alphard berkenaan membelo ke simpang kanan sebelum dilanggar penunggang basikal terbabit.


Dalam video tular itu, mangsa dilihat menuruni bukit dengan kelajuan tinggi dan sebaik saja tiba di lokasi, mangsa tidak sempat berhenti lalu merempuh kenderaan itu. 


Mangsa yang berusia 17 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee dan kes disiasat mengikut Rule 3(2)(b) LN 166/59 iaitu tidak memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum melintas laluan kenderaan itu. 




Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo