Slider

Wanita buat laporan palsu kononnya disamun & dirogol 5 lelaki Afrika secara bergilir-gilir



Seorang wanita membuat laporan polis kononnya dia telah disamun dan dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki warga Afrika. 


Bagaimanapun, tindakan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas polis mendapati laporan perubatan menunjukkan tiada kesan rogol. 


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pengadu membuat laporan polis pada 1 Februari lalu mendakwa dia disamun dan dirogol di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan.


Dia mendakwa lima lelaki warga Afrika telah mengambil barangnya sebelum bertindak merogolnya secara bergilir-gilir. 


Polis kemudian membawa wanita itu ke lokasi kejadian, tetapi dia gagal menunjukkan tempat dan bagaimana kejadian itu berlaku. Malah dia juga gagal mengecam wajah kesemua suspek yang didakwa terbabit dalam kejadian itu. 


Polis juga mendapati, terdapat keraguan dalam laporan yang dibuat oleh wanita itu. 


Siasatan lanjut yang dijalankan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang kemudian mendapati laporan polis yang dibuat oleh pengadu mengandungi keraguan.


Wanita itu kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok untuk pertuduhan membuat laporan palsu. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo