Slider

Wanita diserang anjing Pit Bull sampai terpaksa merangkak keluar rumah minta tolong

Wanita cedera digigit anjing Pit Bull yang dipeliharanya. Mangsa terpaksa merangkak keluar rumah minta bantuan jiran.



Seorang wanita diserang oleh anjing peliharaannya jenis Pit Bull di kediamannya di Colombia, Khamis lalu.


Wanita berusia 25 tahun itu terdahulu sedang mengikat tali kasut di bilik tidurnya dan secara tiba-tiba diserang oleh Pit Bull. 


Mangsa yang tidak didedahkan nama itu berusaha merangkak keluar dari apartmennya untuk mendapatkan bantuan dari jiran. Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif yang menunjukkan anjing itu enggan melepaskan gigitannya. 


Pit Bull berusia empat tahun itu berdiri di atas badan mangsa dan menggigit lengan kirinya. Wanita itu terpaksa menolak muka anjing itu menggunakan tangan kanan dan lalu segera menekan butang lif. 



Mangsa berfikir, sekiranya dia kekal berada di tingkat lima kediamannya, tiada sesiapa yang akan datang membantunya. Hal itu mendorong dia berusaha masuk ke dalam lif dan turun ke tingkat bawah sebelum diselamatkan oleh jirannya. 


Mangsa mengalami patah tulang jari dan tangan kanan, patah tulang tangan kiri dan luka di beberapa bahagian lain. 


Pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan menjalankan kajian ke atas tingkah laku anjing tersebut yang mengambil masa selama 10 hari basgi menentukan sama ada haiwan itu patut dihapuskan atau sebaliknya. 


Sumber: Daily Mail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo