Slider

2 lelaki warga asing ludah muka anggota penguatkuasa DBKL, ditahan

Foto video tular


Dua peniaga warga asing ditahan polis kerana meludah dan melakukan provokasi terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kejadian di Pusat Bandar Utara, Jumaat lalu. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun berkata, siasatan awal mendapati anggota penguat kuasa DBKL terdahulu sedang melakukan pemeriksaan di kawasan kaki lima berhampiran sebuah bank. 


Dua suspek terbabit dilihat sedang berniaga di kawasan larangan lalu bertindak menjalankan tugas dengan menyita barangan mereka. 


Bagaimanapun, kedua-dua suspek enggan memberikan kerjasama dan mula melakukan provokasi secara agresif dan menepis tangan anggota penguat kuasa DBKL yang sedang merakam gambar menyebabkan telefon bimbit anggota berkenaan jatuh dan rosak. 


Tidak cukup dengan itu, mereka turut melemparkan kata-kata kesat dan meludah ke arah muka salah seorang penguat kuasa DBKL sebelum mengoyakkan baju sendiri ala-ala Hulk dan menuduh bajunya dikoyakkan oleh pihak penguat kuasa DBKL. 



Ekoran kejadian itu, dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu telah direman sehingga 22 April di IPD Sentul untuk membantu siasatan. Semakan juga mendapati dua suspek terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo