Slider

Anggota tentera maut ditikam isteri ketika bergaduh



Seorang anggota tentera darah dilaporkan maut, dipercayai ditikam oleh isterinya menggunakan pisau pemotong sayur. 


Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) berhubung mangsa dibawa ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian paha.


Siasatan awal mendapati, mangsa, 28, bergaduh dengan isterinya, 24, di kediaman mereka di Kem Penrissen, jam 10.30 malam Isnin, 4 April 2022. 


Dalam pergaduhan itu, si isteri menggertak mangsa menggunakan pisau pemotong sayur. Malang tak berbau, pisau itu tertikam bahagian paha mangsa yang menyebabkan kecederaan parah dan mengalami pendarahan banyak. 


Mangsa dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan HUS.


Difahamkan, pasangan itu mempunyai seorang anak.


Susulan kejadian itu, polis telah menahan surirumah terbabit di HUS pada jam 2.24 pagi dan kini berada di Balai Polis Kota Samarahan untuk proses reman dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Turut dirampas, sebilah pisau pemotong sayur dan pakaian yang dipakai suspek dalam kejadian itu. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo