Slider

'Bayar harga kayangan (RM188+), tapi dapat buffet iftar camni' - Pelanggan kesal, buffet Ramadan di hotel Putrajaya indah khabar dari rupa



Tular di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang pengguna TikTok berhubung tindakan sebuah hotel terkemuka di Putrajaya yang dikatakan tidak memberikan perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan yang datang menikmati buffet Ramadan.


Menurut Shita Shaiful, dia sudah merancang untuk berbuka puasa dengan keluarganya di hotel tersebut dengan bayaran harga kayangan (RM188+ per orang). Tiba di lokasi seawal jam 6.20 petang, kakitangan hotel memaklumkan meja belum disediakan dan meminta mereka sekeluarga pergi berjalan-jalan seketika. 


Jam 6.50 petang Shita sekeluarga kembali ke tempat itu dan mendapati tempat itu telah penuh sehingga meja dan kerusi terpaksa diletak berhampiran eskalator, tepi tandas, tepi kaunter juruwang dan depan lif bagi menanggung kehadiran pelanggan yang melebihi had. 


@shitashaiful Bayar harga kayangan tapi dapat Buffet Iftar mcm ni.. jaga laluan org naik turun lif.. crowded n kompom SOP kelaut dalam😤#masukberanda #foryoupage ♬ original sound - Shita Shaiful


"Bayar harga kayangan, tetapi dapat buffet iftar macam ni. Jaga laluan orang naik turun lif, sesak dan confirm SOP kelaut dalam. 


"Bayaran harga kayangan, ramai orang masih menunggu untuk dapatkan meja walaupun sudah masuk waktu berbuka. Hotel 4/5 bintang, tetapi meja makan diletakkan di tepi tandas, depan lif, depan pintu masuk lobi dan tepi kaunter cashier.


"(Beginilah) bila pihak pengurusan hanya fikir mahu mengaut keuntungan sahaja. Ini confirm tak ikut SOP dah. Terlalu sesak sangat, penuh meja sampai ke depan pintu masuk lobi. Tak serupa hotel berbintang-bintang," katanya. 


@shitashaiful Bila pihak pengurusan hanya fikir nk kaut untung saja.. ni kompom x ikut SOP dah. Terlalu crowded sgt.. penuh meja sampai ke depan pintu masuk lobby.. x serupa hotel berbintang2😡#masukberanda #foryoupage ♬ original sound - Shita Shaiful


Sementara itu, netizen tidak menolak kemungkinan pihak hotel mungkin menerima saja tempahan tanpa memikirkan had kapasiti meja makan atau sengaja berbuat demikian kerana mahu mengaut keuntungan lebih bagi menanggung kos kerugian dua tahun lalu akibat pandemik. 


"Hotel main ambil je tempahan tanpa berfikir cukup tempat makan atau tidak. Ini yang membuatkan pelanggan rasa terkilan bila tak ada meja," kata Zue. 


"Di Facebook Hotel Buffet Malaysia Promotion pun kecoh pasal hotel ni. Ramai yang dah complaint," kata Syahada. 


"Hotel memang mcaam tu. Dia buat duit, mana-mana hotel pun sama. Aku pernah kerja hotel, apa saja yang hotel buat, objektifnya adalah untuk sale," ujar Ashaari. 


Sumber: TikTok Shita Shaiful

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo