Slider

Budak perempuan hilang, dirogol, kepala dipenggal & badan dikerat sepupu



Penduduk Kampung Kahelaan, Kecamatan Sungai Pinang, Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak yang hanya tinggal tulang di sebuah kebun milik salah seorang penduduk. 


Jurucakap polis Banjar, Suwarji berkata, hasil siasatan mendapati mayat tersebut adalah mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai 'PWU' berusia 10 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang tiga minggu lalu. 


Mayat mangsa ditemui pada Rabu, 13 April 2022 oleh salah seorang penduduk yang sedang mengusahakan tanamannya di kebun. Saksi pada awalnya menemui tengkorak mangsa, sebelum menemuikan rambut dan gigi mangsa. 


"Dengan penemuan tengkorak dan rambut mangsa, polis percaya ia ada kaitan dengan kanak-kanak berusia 10 tahun dilaporkan hilang," katanya. 


Susulan penemuan itu, polis mencari sisa tulang temulang mangsa yang lain dan dalam tempoh dua hari, kesemua tulang mangsa berjaya ditemui. 


Polis mengesyaki mangsa telah dibunuh, lalu menahan seorang jiran mangsa berusia 26 tahun, yang juga sepupu kepada mangsa. Suspek ditahan berdasarkan beberapa keterangan jiran lain yang mendakwa kali terakhir mangsa dilihat adalah bersama dengan suspek. 


"Berdasarkan keterangan beberapa saksi dan barangan bukti yang ditemui, pembunuh mangsa adalah sepupunya sendiri. 


Setelah didesak berulang kali, suspek akhirnya mengakui semua perbuatannya terhadap mangsa. Suspek juga mengaku telah merogol mangsa sebelum dibunuh dan mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian. 


Hasil bedah siasat turut menemui kesan air mani suspek dalam kemaluan mangsa. 


Sebelum kejadian, suspek terdahulu memecah masuk ke rumah mangsa lalu mencekik mangsa sehingga tidak sedarkan diri. Dalam kesempatan itu, suspek mengambil peluang untuk merogol mangsa. 


Dalam masa yang sama, suspek terdengar suara ibu mangsa memanggil anaknya. Disebabkan panik, suspek terus mencekik mangsa sehingga mati.


Mayat mangsa kemudian dibawa ke sebuah kebun milik penduduk, dua kilometer dari rumah mangsa, lalu dikerat kepada beberapa bahagian termasuk kepalanya dipenggal. 


Sementara itu, polis memaklumkan mayat mangsa telah dibersihkan dan diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. 


Sumber: Kompas

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo