Slider

Cemburu buta, lelaki tikam bekas isteri 7 kali sampai mati agar tidak dimiliki orang lain



Perasaan cemburu buta yang tidak terkawal mendorong seorang lelaki berusia 24 tahun menikam bekas isterinya sehingga mati agar mangsa tidak dimiliki orang lain. 


Suspek, Alba, 24, turut membiarkan mayat mangsa di dalam semak di Jalan Gubernur Syarkawi, Kecamatan Gambut, Kalimantan Selatan, Indonesia.


Mayat mangsa ditemui oleh orang awam pada 3 April lalu jam  2.30 petang yang pada awalnya disangka pengsan. Tetapi setelah diperiksa, polis mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan terdapat kesan tikaman di beberapa bahagian badan mangsa.


Sehari selepas penemuan mayat mangsa yang dikenali sebagai Nadia Fitri itu, polis telah berjaya menahan suspek di Kecamatan Banjarmasin Selatan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.


Laporan bedah siasat juga mendapati, terdapat tujuh kesan luka tikaman di badan mangsa. 


Suspek mengaku menikam bekas isterinya sehingga mati kerana berasa dikhianati dan tidak mahu mangsa dimiliki lelaki lain. Panik dengan kejadian yang berlaku, suspek meninggalkan mayat mangsa di lokasi kejadian. 


Sumber: Tribun News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo