Slider

'Diorang solat, macam ni ha' - Lelaki hina cara orang bersolat dalam bas Surau Bergerak dikecam netizen



Tindakan seorang lelaki mempersendakan cara orang beragama Islam solat di dalam bas Surau Bergerak, mengundang kemarahan netizen. 


Video yang dimuat naik di laman TikTok itu menunjukkan, wanita yang juga perakam video itu terdahulu bertanya dengan lelaki terbabit bagaimana cara orang Islam bersolat dalam bas tersebut. 


Tanpa sebarang rasa bersalah, dia mula menunjukkan cara bersolat dalam keadaan bergoyang-goyang. 


Berasa kelakar dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, empat orang rakannya yang beragama Islam ketawa kerana berasa terhibur. 



Video tersebut kini viral di semua platform media sosial dan ramai netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit yang jelas sekali menghina agama Islam. 


"Budak bingai ingat orang kat dalam bas (surau bergerak) tu solat macam tu. Sudahlah menghina agama Islam. Kalau tak pernah solat, jangan nak hina," kapsyen dalam video tersebut. 


"Anak siapa ni? Minta mak bapak dia tengok perangai anak dia. Entah-entah tak pernah solat. Nak bergurau tetapi langsung tak berfikir panjang. 


"Memang budak ini kurang iman. Kalau iman dia kuat, takkan sampai nak ajuk macam tu. Minta kena pijak budak-budak tak ada abad ini.


"Macam manalah dia boleh berpuasa sedangkan syarat berpuasa itu kena ada akal. Kau kalau depan mata aku, memang merah dah muka kau. Yang tukang rakam pakai tudungg tu semua kafir," kata netizen. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo