Slider

Ibu bapa dinasihatkan tidak membawa anak-anak kecil ke Bazar Ramadan - KKM

Foto Hiasan | Selangorkini


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menasihatkan orang ramai tidak membawa anak-anak kecil ke bazar Ramadan untuk mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19. 


Noor Azmi berkata, walaupun negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, kanak-kanak terutamanya yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi tidak patut dibawa ke kawasan yang sesak dan sempit dengan orang ramai. 


"Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai, kami dapati ramai pengunjung bawa anak kecil. Kalau tempat sesak dan sempit ini, sebaiknya jangan bawa anak-anak. Kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital," katanya. 


Mengikut data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar vaksinasi yang membabitkan kanak-kanak masih berada di tahap perlahan iaitu 38 peratus. 


"Ini menunjukkan kadar vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih berada di tahap yang perlahan dan kami berharap ibu bapa mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka secepat mungkin," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen turut menyuarakan pandangan yang sama. 


"Semalam saja jalan-jalan di bazar Ramadan di Stadium Ipoh. Tudiaaa, manusia macam ulat taik punya ramai. Bersesak-sesak bawa anak-anak kecil selamba je. Memang pakai mask diorang tu tapi entahlah. Rasanya kat bazar semalam je berapa ribu yang dah singgah. Aku nak singgah pun tak jadi, takut," kata Twins. 


"Sorrylah nak cakap. Melayu ni macam satu kebanggaan pula usung bayi kecil yang masih merah masuk mall la, tempat sesak pelbagai. Tak tahu ke imuniti budak kecil itu masih rendah?" ujar Damsel. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo