Slider

Inspektor didakwa cabul, lakukan seks luar tabii & rogol tahanan (janda anak dua) di pejabatnya

Foto Kosmo! Online


Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita berstatus janda anak dua, di pejabatnya pada tahun lalu. 


Tertuduh, A. Teevagar Gabrialnayagam, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 29 tahun dengan kerelaannya yang diperoleh oleh tertuduh menggunakan kedudukan kuasa terhadap mangsa. 


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa tanpa rela. 


Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat melakukan pencabulan terhadap kehormatannya. 


Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di bilik pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kota Bharu, jam 3 petang hingga 5.30 petang, pada 5 Jun 2021. 


Bagi pertuduhan keempoat, tertuduh didakwa sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa tanpa rela.


Difahamkan, mangsa terdahulu ditahan bersama bekas suaminya kerana dipercayai memiliki pil kuda dan syabu pada 4 Jun 2021, disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama.


Siasatan mendapati, tertuduh ketika itu memaklumkan kepada mangsa bahawa kes itu boleh selesai sekiranya dia menuruti kehendaknya. 


Bagaimanapun, mangsa dan bekas suaminya didakwa di mahkamah pada 15 Jun atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine. 


Sumber: Kosmo! Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo