Slider

Kak KM akui upload video panas hanya untuk strategi pemasaran produk & Normah Damanhuri block netizen mulut lancang

Liana Rosli dan Normah Damanhuri


Usahawan kosmetik, Liana Rosli atau Kak KM beberapa minggu lalu memuat naik video yang dianggap melampau sehingga dikecam teruk oleh netizen di media sosial. 


Namun Kak KM menjelaskan video itu hanyalah sekadar untuk strategi pemasaran produknya sahaja dan beranggapan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. 


"Saya hanya jual produk. Kita dengan cara kita sebab yang tular itu produk yang saya jual. Cuma bila terangkan cara penggunaannya itu nampak macam lucah. Kalau orang sentiasa berfikir buruk, pakai kebaya pun orang nampak lucah," katanya. 


Kak KM tidak menafikan tindakannya itu pernah ditegur oleh ibunya, Normah Damanhuri (pelakon veteran) beberapa kali, yang turut meminta dia memadamkan video tersebut.


Tetapi dia menjelaskan kepada ibunya bahawa apa yang dibuatnya itu adalah urusan kerja dan perniagaan. Malah dia menasihatkan ibunya untuk tidak membaca komen-komen berunsur kecaman itu. 


"Video saya memang asyik kena kecam dan mak juga kena tempias sehinggakan beberapa kali dia minta saya berhenti melakukannya. Tetapi saya minta dia bertentang, jangan baca komen dan layan media sosial. 


"Saya jelaskan apa yang dibuat adalah urusan kerja dan perniagaan. Saya kata jangan baca komen, nanti dia murung," katanya. 


Kak KM juga mengaku pernah menyekat Instagram ibunya tetapi dibuka semula baru-baru ini. 


Sementara itu, Normah pula memberi amaran kepada netizen yang sering melemparkan komen-komen menyakitkan hati dan meminta dia menutup akaun Instagramnya akan disekat.


"Buat apa nak tutup Instagram? Mereka punya pasal, saya kena tutup IG?  Boleh blahlah. Lantak merekalah. Apa susah, kalau mereka cakap yang menyakitkan hati, sekat saja. 


"Perkara yang baik bukan mereka nak puji, asyik nak cari salah sahaja. Saya bersedia terima komen, tapi lebih suka pilih diam. Biar mereka nak cakap apa, yang penting saya tahu kerja saya. Kalau saya jawa nanti, lagi mereka sakit hati dan panjang cerita. Saya bimbang kalau saya keluar kenyataan yang lagi pedih. 


"Saya sudah bagi amaran, kalau kurang ajar dan biadab, saya akan sekat," katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo