Slider

'Kami minta maaf, tak sangka video gurauan jadi tular'



Susulan tular video sekumpulan pelajar yang didakwa mempersendakan kemudahan bas Surau Bergerak minggu lalu, wakil dari kumpulan berkenaan yang enggan identiti mereka didedahkan membuat permohonan maaf secara terbuka.


Individu terbabit menjelaskan, video tersebut hanyalah gurauan di antara mereka dan disebabkan terlalu teruja, dia memuat naik video tersebut ke aplikasi TikTok. Namun tidak menyangka video tersebut akan tular dan mengundang kecaman dari netizen. 


"Kami nak minta maaf kerana post video tersebut dan tular di media sosial sehingga kami dihentam secara berterusan. 


"Niat kami bukan mahu mencerca agama atau rekaan surau bergerak itu. Kami jadi 'jakun' apabila melihat kemudahan itu kali pertama. Maka timbulnya rasa teruja. 


"Awalnya gurauan itu di antara kami sahaja. Tetapi disebabkan saya terlalu gembira, jadi saya muat naik video tersebut di TikTok dan tak sangka boleh jadi tular seperti ini.




"Kami sedar perlakuan kami telah merosakkan imej sendiri. Penjaga dan orang sekeliling kami juga sudah mengetahui tentang kes ini, dan kami sudah mendapat pengajaran yagn setimpal.


"Sekali lagi kami meminta maaf dan saya sudah membuang akaun TikTok saya. Apa yang berlaku, akan menjadi pengajaran buat kami semua," ujarnya sambil memuji rekaan surau bergerak itu hebat dan mahu menggunakan kemudahan itu jika berpeluang. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo