Slider

'Kau ingat ni China ke nak buat camtu?!' - Lelaki Myanmar cuba scam driver, ditahan polis



Polis menahan lelaki warga Myanmar, yang dipercayai dengan sengaja mencederakan dirinya dalam satu kemalangan jalan raya di sekitar Klang, minggu lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan 7 April lalu, yang mengatakan ketika sedang memandu dan sampai di sebuah jalan, seorang lelaki tidak dikenali yang berada di tengah jalan secara tiba-tiba berlari meluru ke arah keretanya dan melompat ke arah cermin hadapan.


"Selepas kemalangan itu berlaku, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki yang melanggar keretanya itu bahawa kenderaannya terdapat rakaman kamera papan pemuka dan pejalan kaki tersebut terus beredar dari lokasi kemalangan, dan hanya mengalami kecederaan kecil," katanya dalam kenyataan hari ini.



Bertindak atas maklumat, Vijaya Rao berkata, pihak polis telah menahan lelaki berumur 25 tahun itu di Jalan Shahpadu Rantau Panjang, Klang pagi tadi dan kini direman untuk siasatan lanjut.


"Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain," katanya.


Kejadian kemalangan itu turut tular menerusi satu video berdurasi 45 saat, yang dimuat naik di laman sosial Facebook semalam.


Sumber: Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo