Slider

'Kepala pecah, otak terburai' - 3 remaja maut, 1 parah, ibu nafi anaknya terbabit dalam aktiviti rempit



Tiga remaja dilaporkan maut, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan yang melibatkan tiga motosikal dalam kejadian malam tadi di Jalan Delima, Taman Kota Masai. 


Ketua polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam dan motosikal kesemua mangsa dipercayai sahabat baik, bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan kemalangan. 


Akibat dari kemalangan itu, tiga mangsa tercampak di atas jalan raya dan terlanggar batu di bahagian bahu kiri jalan, manakala seorang lagi mangsa jatuh di bahu kanan jalan. Salah seorang mangsa ditemui dalam keadaan kepalanya pecah dan otak terburai.


Kesemua mangsa yang maut adalah remaja berusia 15 hingga 16 tahun, manakala mangsa parah berusia 17 tahun.




Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


IBU NAFI ANAK TERJEBAK DENGAN AKTIVITI MAT REMPIT


Sementara itu, Lily Nor Ilyana Abdullah, 40, ibu kepada mangsa, Muhd Adam Danish Mohd Fairu, 16, (penuntut tahun pertama GiatMARA Pasir Gudang) menafikan dakwaan netizen kononnya anak sulungnya itu terbabit dalam aktiviti lumba haram, sedangkan mangsa tidak pernah terjebak dalam aktiviti seumpama itu sebelum ini. 


Menurut Lily, anaknya ketika itu dalam perjalanan dari kedai di kediaman rakannya, menunggang motosikal jenama Honda EX5 bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Khairul. 


"Dia anak sulung yang bertanggngjawab dan sebelum kejadian dia sempat mengambil saya dari tempat berniaga dan hantar pulang ke rumah. Tidak disangka mereka berdua menjadi mangsa apabila motosikal yang dinaiki dirempuh motosikal lain dipercayai ditunggang remaja yang terbabit dalam lumba haram. 


"Saya terkejut menerima panggilan berkaitan kejadian dan tidak menjangka anak saya dan Khairul meninggal dunia. Mereka adalah sahabat baik dan kedua-duanya tiada kaitan dengan kumpulan remaja yang terbabit lumba haram," katanya. 


Sebelum kejadian itu, Lily memaklumkan anaknya tidak menunjukkan perubahan ketara tetapi berkali-kali mencium adik bongsunya yang berusia tujuh tahun. 


Lily mengakui terkilan dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu yang idak berpeluang menyambut Aidilfitri. Hasrat membeli baju baharu untuk Muhd Adam Danish juga tidak kesampaian. 


"Sekurang-kurangnyakami dapat menunaikan keinginan arwah untuk pulang ke kampung. Ini kerana, jenazahnya akan dikebumikan di kampung halaman kami di Pengkalan Chepa, Kelantan selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI). 


"Kami sekeluarga reda dengan kejadian dan akan tabah dengan dugaan daripada Allah SWT," katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo