Slider

'Kita tak boleh sekat (video Aliff Syukri), sebab nanti kena saman' - Menteri K-KOMM



Biarpun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan Aliff Syukri untuk hadir memberi keterangan berhubung video muzik raya kontroversinya itu, ada netizen yang masih tidak berpuas hati dan menggesa pihak berkuasa jangan membuang masa dan serta-merta menyekat video itu. 


Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Annuar Musa, menjelaskan tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana pihaknya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. 


Tindakan menyekat terus video tersebut hanya akan menyebabkan pihak kerajaan disaman oleh individu berkenaan. 


"Kita tidak boleh sekat sebab nanti orang saman kita. Kalau nak sekat, kena (buat) berdasarkan undang-undang. Kementerian dan menteri tak boleh sekat, yang boleh sekat (adalah) mahkamah. 


"Kalau boleh sekat, macam-macam saya dah sekat. Tapi kita ada akta, maknanya kalau langgar undang-undang, baru boleh ambil tindakan," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Rabu, 27 April 2022. 


Semalam, Aliff Syukri meluangkan masa selama lima jam memberi keterangannya di Ibu Pejabat SKMM berhubung penerbitan video muzik raya kontrovsinya itu. 


Selesai memberi keterangan, Aliff yang ditemui media berkata jangan salahkan isteri dan ibunya di atas perkara yang berlaku dan dia turut memohon maaf kepada semua sekiranya ada yang tersinggung dengan videonya. 


Hujung Januari lalu, Aliff berkata dia serik menimbulkan kontroversi dan mahu menjadi bapa yang baik dan ahli perniagaan yang profesional memandangkan anaknya sudah mula bertanya mengenai video viral yang membabitkan dirinya. 


Tersentak dengan pertanyaan anak itu membuatkan Aliff mengambil keputusan untuk tidak lagi menimbulkan kontroversi. Namun 'perubahan' itu hanya mampu bertahan selama dua bulan sahaja yang kemudian video muzik raya kontroversi yang menampilkan sekumpulan penari lelaki menari secara melampau. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo