Slider

Lelaki Bangladesh ceroboh masuk tadika nak bagi 'anak' roti, ditahan polis



Seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai mengalami masalah mental ditahan kerana menceroboh masuk ke sebuah tadika di Telok Panglima Garang, Jumaat lalu. 


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.50 pagi dan suspek memberi alasan mahu memberi roti kepada anaknya. 


Tindakan suspek menyebabkan guru dan murid tadika ketakutan. Salah seorang guru memberitahu bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk. Suspek bertindak merampas topi keledar murid yang dipegang oleh guru, sebelum meluru masuk ke dalam kelas. 


Ibu bapa yang menyedari kejadian itu terus bertindak menahan suspek yang kemudian membaca ayat Al-Quran tanpa henti sebelum dilepaskan orang awam. 



Pada Ahad, suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan polis pada jam 10.30 malam di Taman Pahlawan. Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai masalah mental, tiada dokumen pengenalan diri, mempunyai masalah mental, ujian saringan air kencing negatif dan tidak bekerja. 


Semasa kejadian pada Jumaat lalu, suspek tidak mengeluarkan sebarang kata-kata ugutan dan tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa. Pihak tadika juga tidak menerima kemasukan murid warga asing. 


Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo