Slider

Lelaki mabuk nekad rogol isteri rakannya di sebalik pokok pisang



Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merogol wanita OKU di Baleendah, Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia.


Ketua Polis Bandung, Kusworo Wibowo berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan dari orang awam. 


"Kejadian berlaku pada 25 Mac 2022, suspek terdahulu dijemput oleh rakannya yang juga merupakan suami mangsa, untuk datang minum minuman keras di tingkat dua rumah pasangan itu. 


"Suspek yang dikenali sebagai Adit, 21, kemudian turun ke tingkat bawah dan secara tidak sengaja ternampak mangsa sedang bermain telefon bimbit, lalu muncul keinginannya untuk berasmara dengan mangsa. 


"Suspek kemudian mengajak mangsa pergi ke kebun pisang di belakang rumah dan dipaksa melayani nafsu serakahnya," kata Kusworo. 


Suspek dikatakan melakukan perbuatan keji itu di belakang pokok pisang. Setelah selesai, suspek menghantar mangsa ke depan rumah. Rakannya pada masa yang sama sedang mencari isterinya yang disangka telah keluar pergi ke rumah saudaranya.


Sebaik saja mangsa pulang ke rumah, si suami mendapati isterinya menangis. Mangsa memberitahu dia telah dipaksa oleh Adit untuk melayan nafsunya. 


Berang dengan kejadian yang menimpa mangsa, si suami terus membuat laporan sebelum pergi ke rumah suspek bersama dengan sepasukan anggota polis. Adit ketika itu masih tidak mengakui perbuatan terkutuknya itu. 


Setelah disiasat berdasarkan bukti-bukti yang ada, suspek akhirnya ditahan dan bakal didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun. 


Sumber: Tribun News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo