Slider

‘Nak niaga pun, jangan guna nama Chef Ammar’ - Netizen sound TikTokers buat marketing murahan



Sebut saja Nasi Arab Chef Ammar, ramai yang mengakui kesedapan masakan chef yang berasal dari Palestin itu. Carian di laman YouTube juga mendapati, ramai YouTuber membuat review mengenainya. 


Meskipun harganya mahal, tetapi rata-rata pelanggan mengatakan berbaloi biarpun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan menu popular itu di bulan Ramadan ini. 


Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang peniaga bazar Ramadan di Kedah yang dikatakan mengguna nama Chef Ammar bagi menarik perhatian penggemar nasi Arab. 


"Wow.. Chef Ammar sampai Kedah ke? Sedapnya... Ini version Chef Ammar made in Kedah. RM11 jer set ayam. Sesiapa yang teringin, boleh mai sini, kat Tikam Batu je. Bolehlah hilang (rasa) teringin tu. Sedap dan murah," kata pengguna TikTok, Alice Amoi Coway. 


@alice_amoi_coway Woww Nasi Chef Ammar . Kat Kedah pun ade.. Boleh lah hilang teringin tu. sedap dan murah.. kt Tikam Batu Je.. #fyp #juadahberbukapuasa #chefammar ♬ RIP, Love - Faouzia


Tindakan pemilik akaun TikTok itu mengundang rasa kurang senang netizen yang menganggap dia mengambil kesempatan menumpang populariti Chef Ammar. Malah, ada yang menegaskan perbuatan seperti itu akan menimbulkan kekeliruan pembeli dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti makanan tersebut basi, Chef Ammar yang akan dipersalahkan. 


Chef Ammar juga tampil membuat teguran terhadap pemilik akaun TikTok berkenaan dan meminta namanya tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. 


"Ini bukan makanan Chef Ammar. Tolong jangan guna nama saya. Terima kasih," katanya sebelum dipadamkan oleh pemilik akaun TikTok berkenaan yang enggan menerima teguran itu. 


Walaupun ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen, Alice tetap enggan mengendahkan semua teguran itu. 


"Senangnya nak buat duit atau marketing. Guna nama orang eh zaman sekarang ni. Tak nak delete ke video ni? Sebab sayang view dah banyak? Tak malu kat orang? Delete video tak nak, tapi delete comment Chef Ammar boleh pula," kata netizen. 


"Awak lain kali jangan tulis kapsyen guna nama Chef Ammar. Kalau tulis ala-ala nasi mandy Chef Ammar, bolehlah lagi. Takut ramai yang salah faham," kata Erna. 


"Berniaga tak salah sis. Branding guna nama sendiri ya. Bukan apa, tak best la marketing guna nama orang lain. Nanti orang salah beli, dah jadi isu," kata Dekna. 


Sumber: TikTok Alice Amoi Coway

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo