Slider

Penganggur ditahan kerana disyaki liwat anak perempuan berusia 4 tahun

Foto hiasan


Seorang penganggur ditahan polis kerana disyaki melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya berusia empat tahun, semalam. 


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di rumahnya pada tengah malam setelah polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan dengan rumah suspek. 


Menurut keterangan nenek mangsa, dia sebelum itu melihat cucunya bermain di halaman rumah dalam keadaan muram, lalu memanggilnya dan bertanya mengenai apa yang berlaku. Mangsa kemudian memberitahu dia mengalami kesakitan di bahagian 'belakang'. 


Menceritakan lebih lanjut, anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu tentang perbuatan bapanya ketika hanya mereka berdua saja di rumah. Terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa, neneknya terus memaklumkan perkara itu kepada polis. 


"Sebelum ini, nenek mangsa sudah pun curiga dan mengesyaki sesuatu yang tdak kena dengan mangsa sejak Julai 2021 kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam selain enggan bercakap," katanya. 


Walaupun tinggal bersebelahan, nenek mangsa tidak pernah bertegur dengan suspek yang juga menantunya kerana sikap panas baran lelaki itu yan gsuda sekian lama malas bekerja. 


Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menjalani pemeriksaan. 


Semakan rekod juga mendapati, suspek mempunyai rekod lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo