Slider

Penyanyi pukul bekas isteri kerana enggan selfie bersama, ditahan polis



Polis menahan seorang penyanyi lelaki kerana dipercayai memukul bekas isterinya dalam kejadian yang berlaku di kawasan kediaman suspek di Kota Damansara, kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa berusia 27 tahun kelmarin. 


Siasatan awal mendapati, mangsa terdahulu mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir di rumah pada jam 2.29 petang.


Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan suspek kerana mangsa enggan bergambar dengan bekas suaminya itu. 


Suspek berusia 45 tahun berang dan bertindak memukul badan mangsa sehingga menyebabkan kesan lebam dan sakit. 


Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek dan hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan didapti negatif. Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo