Slider

Penyanyi pukul bekas isteri tak nak selfie bersama, direman 2 hari

Foto Harian Metro (Hairul Anuar Rahim)


Polis sebelum ini memohon penyanyi yang disyaki memukul bekas isterinya semalam kerana enggan mengambil gambar bersama, direman selama empat hari, tetapi polis hanya dibenarkan mereman lelaki itu selama dua hari. 


Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. 


Penyanyi lelaki berusia 45 tahun itu yang diwakili oleh peguam Kailash Hsarma berkata, anak guamnya mungkin akan dituduh di mahkamah esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017. 


"Polis memohon reman selama empat hari namun ia dikurangkan kepada hanya dua hari. Dia berkemungkinan besar akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya Esok. 


"Anak guam saya berada dalam keadaan sihat, termasuk dari segi emosi. Mengenai tuduhan (pukul bekas isteri), saya difahamkan dia turut membuat laporan polis, malah berpesan supaya kesalahannya hanya boleh ditentukan oleh proses undang-undang," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Khamis, 21 April 2022. 



Media semalam melaporkan penyanyi terbabit memukul bekas isterinya berusia 27 tahun pada jam 2.29 petang, ketika mangsa datang mengambil anak lelakinya dari lelaki itu. 


Mangsa membuat laporan polis dan mengakui mengalami kesan lebam dan sakit di anggota badan akibat dari perbuatan penyanyi terbabit. 


Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo