Slider

Pesawat MH2664 terpaksa berpatah balik ke KLIA atas sebab masalah teknikal & cuaca buruk

Foto hiasan


Sebuah pesawat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal dan cuaca buruk pada Ahad, 3 April lalu. 


Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa berpatah blaik kerana mengalami masalah teknikal. 


"Ia juga ditambah dengan keadaan cuaca buruk dalam perjalanan," kata kenyataan itu. 


Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang membuat keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang di mana Malaysia Airlines amat mengutamakan keselamatan anak kapal dan penumpangnya.


Pesawat MH2664 selamat mendarat di KLIA pada jam 5.03 petang selepas berlepas pada jam 2.30 petang Ahad, 3 April 2022 dari KLIA. 


Terdahulu, salah seorang penumpang, Halimah Nasoha, berkongsi pengalamannya mengalami detik cemas dalam pesawat tersebut di mana ramai penumpang menjerit dan menangis apabila pesawat itu hilang ketinggian secara mendadak kira-kira 30 minit selepas berlepas dari KLIA. 


"Ia sangat menakutkan kami, saya benar-benar merasakan saya akan mati. Saya terkilan sebab saya tidak memakan tali pinggang keledar ketika itu," katanya.


Bagaimanapun, Halimah memuji kecekapan juruterbang dalam menangani situasi kecemasan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka semua. 


Sumber: The Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo