Slider

'Saya dah terlalu tua untuk berlakon sebagai James Bond'

Idris Elba


Bintang Hollywood, Idris Elba, merasakan dirinya terlalu tua untuk melakonkan watak 'James Bond'. 


Pelakon berusia 49 tahun itu sebelum ini dikatakan akan menggantikan Daniel Craig sebagai Ejen 007, tetapi Idris merasakan peluang itu telah pun ditutup. 


"Saya berusia 50 tahun, tahun ini. Katakanlah awak bersetuju untuk berlakon dalam tiga filem, tiada sesiapa yang nak tengok Bond mengejar atau membelasah orang di kala dia berusia 60 tahun. Saya mungkin sudah terlalu tua untuk melakonkan watak itu," katanya. 


Walaupun begitu, pelakon kelahiran London berkenaan berbesar hati jika diberi peluang untuk muncul dalam filem Bond, suatu hari nanti. 


"Kalau ada peluang untuk terlibat dan watak yang diberi juga bersesuaian untuk saya, kenapa tidak? Ia sesuatu yang luar biasa dapat menjadi penjahat dalam filem Bond," katanya. 


Sumber: Asia One

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo