Slider

'Simple menu sahur pagi ni, nasi goreng udang lobster' - Kongsi gambar menu sahur T20, wanita ini dikritik netizen

Foto Cikgu Suraya


Sejak awal bulan Ramadan, ramai pengguna media sosial berkongsi gambar hidangan berbuka dan sahur. Tidak kurang juga yang berkongsi resepi menu sihat agar dapat bertahan lebih lama sepanjang berpuasa. 


Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi gambar menu sahurnya yang dianggapnya sebagai menu biasa, tetapi tidak bagi netizen yang menganggap menu tersebut sebagai luar biasa. 


"Simple saja menu sahur pagi ni. Nasi goreng udang (lobster + papadom). Sayu hati, sahur sendirian," ciap Cikgu Suraya di Twitter. 



Perkongsian itu ternyata mengundang perhatian netizen yang melabelkan wanita itu dari golongan T20 sengaja menunjuk kemampuannya di media sosial. Sedangkan di bulan Ramadan ini, umat Islam digalakkan bersederhana dalam semua perkara. 


"Syukur cikgu dapat bersahur atau berbuka dengan juadah enak. Semalam dan seterusnya, keluarga saya hanya berbuka dan sahur dengan buah tamar dan air suam. Anak-anak saya redha dan bersyukur walaupun mereka terpaksa struggle nak bersekolah juga nanti. Raut wajah anak-anak saya tahu mereka inginkan sesuatu tetapi anak-anak simpan," kata Wan. 


"Yummynya. Besarnya udang. I golongan tak mampu hanya sahur nasi dan kicap sahaja. Apa-apa pun, tengok kamu post ni pun jadilah," kata Cigar. 


"Maaf, bulan ramadan ini sensitif la sikit. Itu yang you kata makanan simple dan rasa sedih? Itu menganjing namanya. Just eat and keep to yourself. Don't show off macam budak-budak," kata Faekah. 


"Kepala hotak kau simple. Itu udang lobster T20," kata Leed. 


Bagaimanapun, ada yang berpendapat wanita berkenaan memuat naik gambar berkenaan sekadar bergurau dengan netizen walaupun perbuatan itu tidak wajar dilakukan.


Sumber: Twitter Cikgu Suraya

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo