Slider

Suami baru pulang dari solat terawih, tercekup isteri curang dengan lelaki lain dalam rumah



Seorang suami yang pergi menunaikan solat terawih di masjid, tidak menyangka isterinya mengambil kesempatan itu untuk curang bersama teman lelaki di rumah mereka. 


Kejadian itu tular di media sosial dan difahamkan peristiwa memalukan itu berlaku di Lhokseumawe, Aceh, Indonesia pada Sabtu lalu, 16 April 2022.


Si suami yang baru sahaja pulang dari menunaikan solat terawih di masjid berhampiran rumah, terkejut apabila mendapati isterinya sedang berdua-duaan bersama lelaki lain di rumah. 


Dalam video tular itu, si isteri yang memakai pakaian hijau berulang kali memohon ampun dengan memegang kaki suaminya dan berterusan meminta maaf sambil menangis. 


Namun apakan daya, si suami yang hatinya sudah terluka meminta wanita itu memanggil orang tuanya datang ke rumah. Juga dilihat sejumlah penduduk kampung berada di lokasi kejadian. 


"Makanya, panggil mak dan ayah kamu," kat si suami. 


Sementara itu, lelaki yang merupakan pasangan curang si isteri hanya berdiri di belakang sambil menutup wajahnya sambil menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbitnya. 



Video kejadian itu telah ditonton lebih 60,000 pengguna media sosial dan banyak yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai kejadian tersebut. 


"Tak terbayangkan betapa hancurnya perasaan si suami," kata Heridsyuk.


"Kecurangan adalah satu hal yang tidak boleh dimaafkan. Memaafkan mungkin boleh dilakukan, tetapi tidak untuk melupakannya," kata Endang. 


Sumber: Okezone

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo