Slider

'Tak hormat bulan Ramadan, sengaja promosi budaya LGBT' - Netizen desak K-KOMM ambil tindakan tegas



Dikecam, menangis dan disusuli permohonan maaf. Kemudian perbuatan itu diulangi sampai ke sudah tidak menampakkan dirinya mahu berhenti dari terus mencetuskan kontroversi. Seolah-olah terlalu mendahagakan perhatian dari netizen. 


Itulah sikap sesetengah influencer, content creator atau yang sewaktu dengannya. Pantang melihat jumlah views atau respon yang banyak, pasti angka itu akan membutakan hati mereka dan berterusan melakukan perkara yang menjengkelkan biarpun adakalanya terpaksa menampakkan diri itu bodoh di mata netizen. 


Baru-baru ini, ahli perniagaan Dato' Aliff Syukri Kamarzaman menerbitkan video muzik raya terbaru yang turut menampilkan beberapa penari latar melakukan tarian 'sotong', mengundang pelbagai reaksi negatif netizen. 


Perbuatannya itu dikatakan bukan sahaja dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan, malah turut didakwa mempromosikan budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terang-terang. 


Di media sosial, ramai netizen yang meluahkan rasa kurang senang terhadap ahli perniagaan terbabit sehingga ada yang menuntut pihak berkuasa seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) mengambil tindakan tegas terhadapnya. 


"Budaya negatif mempromosi puak 'sotong melampau' dalam kandungan media tempatan. Memualkan! 



"Elok kerajaan atau K-KOMM mengambil tindakan tegas dengan menyekat saluran YouTube puak seperti ini. Tak sesuai dengan budaya islamik dan timur, lebih-lebih lagi lagu-lagu dan content berkaitan dengan hari mulia yang disambut umat Islam. 


"Lagu dah elok dan boleh dipertimbangkan, namun paparan visual dan videonya amat memualkan. Sengaja memaparkan dan mempromosi golongan sotong dengan tingkah laku jijik dan memalukan," kata netizen yang dikenali sebagai Mohd. 




Dalam masa sama, Mohd juga melahirkan rasa bimbang video menjijikkan seperti itu akan mempengaruhi generasi muda ke arah budaya yang tidak sihat dan sekiranya tidak dibendung dari awal, kandungan sampah seperti itu akan banyak dimuat naik ke media sosial. 


"Jika tidak dibendung dari sekarang, dikhuatiri akan lebih banyak kandungan digital dan media dibanjiri dengan hal yang sama pada masa akan datang. Tiadanya batasan dan tindakan, seolah-olah kita membenarkan dan memberi 'restu' hal negatif seperti ini terus berlaku dalam masyarakat," ujarnya yang juga menegaskan teguran yang dibuat bukan kerana dengki tetapi kesal budaya negatif tidak dibendung awal.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo