Slider

Tiada lagi penggiliran, murid dibenarkan hadir ke sekolah 'macam biasa' bermula 17 & 18 April

Foto hiasan | Google Images


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Sabtu lalu mengumumkan semua murid sekolah rendah akan menjalani sesi persekolahan tanpa penggiliran bermula 17 April bagi negeri Kumpulan A dan 18 April bagi negeri Kumpulan B. 


Menteri KPM, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengadakan perbincangan berdasarkan pemerhatian pengoperasian sekolah rendah yang mula dibuka sejak 21 Mac lalu dan sekolah menengah pada 4 APril lalu. 


"Murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula pada 17 April untuk negeri Kumpulan A dan 18 April untuk negeri Kumpulan B. 


Negeri Kumpulan A adalah Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Manakala bagi Kumpulan B pula melibatkan sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 


Dalam pada itu, KPM juga meminta ibu bapa memainkan peranan dan menasihatkan anak masing-masing sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di sekolah. 


"Walaupun kita bergerak dalam fasa peralihan kepada endemik, tetapi kita masih perlu kekalkan SOP-SOP yang telah ditetapkan, jadi pematuhannya adalah amat penting terutamanya apabila semua  murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo