Slider

Wanita dakwa punggungnya disentuh & diramas dengan kasar oleh lelaki bermata juling di parkir Tamarind Square



Seorang wanita mendakwa dirinya dicabul lelaki berkulit gelap dan bermata juling ketika sedang meletakkan barang di dalam keretanya di parkir sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam. 


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 2 petang di Tamarand Square.


Sebelum kejadian, mangsa berusia 27 tahun itu menaiki lif dari tingkat tiga ke tingkat satu. Di dalam lif tersebut, terdapat tiga individu yang tidak dikenalinya. 


Sebaik saja tiba di tingkat satu, mangsa terus pergi ke tempat letak kereta untuk menyimpan barang di dalam bonet dan secara tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang menawarkan diri untuk membantunya dengan mengambil troli yang dibawa mangsa, 


Mangsa bagaimanapun menolak tawaran itu, tetapi suspek tetap berkeras mengambil barangan mangsa lalu memasukkannya ke dalam kereta. 


Tanpa diduga, suspek yang berkulit gelap, berpakaian serba hitam, memakai pelitup muka dan bermata juling, tiba-tiba menyentuh dan meramas punggungnya dengan kasar sebelum melarikan diri. Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir. 


Mangsa berkata, dia tidak mengenali suspek dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. 


Difahamkan, dua kes yang hampir sama pernah berlaku di tempat letak kereta berkenaan yang salah satu kes membabitkan seorang suri rumah.


"Lagi kes gangguan seksual di Tamarind Square basement parking dan kali ini berlaku di depan mata saya. Ya Allah, dengan saya sekali menggigil dengar jeritan mangsa. Masa tu, saya baru parking kereta dan terdengar suara orang menjerit lama gila dan sangat kuat," kata saksi kejadian semalam.




Sumber: Harian Metro, Kosmo Online 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo