Slider

'Weh drama! Dia buang sampah weh!' - Pemandu Myvi buang sampah merata, orang awam campak balik sampah ke dalam kereta



Tindakan seorang pemandu Perodua Myvi yang membuang sampah dari kenderaannya mengundang kemarahan orang awam.


Video berdurasi hampir seminit yang tular di media sosial itu dikatakan berlaku berhampiran KLCC dan orang ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Myvi dengan nombor pendaftaran WVA 7320. 


"Kami tengah jalan-jalan di bandar, tetapi terhenti selepas pemandu wanita ini mula membuang semua sampah-sampahnya keluar dari tingkap Sampah-sampah dia penuh di atas jalan dan ada orang yang 'tolong' bersihkan," kata sumber. 


Berdasarkan video, kelihatan seorang lelaki yang mengambil semula 'sampah-sampah' tersebut berupakan pakaian termasuk pakaian dalam, beg tangan, kotak, barang kosmetik dan lain-lain dibuang semula ke dalam kereta itu melalui tingkap di bahagian pemandu. 



Insiden tersebut turut disaksikan beberapa orang awam berhampiran yang membuatkan pemandu itu berasa malu, lalu menutup tingkap kenderaannya. 


Semakan di media sosial juga mendapati, pemandu wanita ini pernah ditularkan di media sosial pada 21 Mac lalu. 


Pengadu mendakwa keretanya telah dilanggar oleh pemandu Myvi tersebut dan apabila dia cuba mengajak wanita itu berbincang, tiada respon yang diterima. Pengadu percaya, wanita itu mengalami masalah kesihatan mental.


Sementara itu, netizen memuji tindakan lelaki terbabit yang membuang semula semua sampah tersebut ke dalam kereta Mvyi berkenaan. 


"Totally agree with the guy who throws back the sampah. Hope we can do the same to those who leaves their picnic sampah on the beach. Hate to see sampah of plastic cup, paper plates and leftover foods left laying on the beach. It's disgusting," kata Citizen. 


"Terbaiklah mamat tu. Pemandu Myvi tu memang tak ada kesedaran sivik. Takkan masyarakat nak ajar juga hal-hal begini. Jalan raya bukan tempat untuk membuang sampah," kata Suhaimi. 


"Aku rasa driver Myvi tu ada masalah mental. Logik akal tak ada orang nak buang sampah sebanyak tu di jalan raya. Jangan cepat sangat nak menghukum," kata Roro.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo