Slider

'Yasmin menipu dari hari pertama supaya Siti Bainun dimasukkan penjara?' - Peguam

Foto Siti Bainun | Malaysia Now


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ditayangkan video tular remaja perempuan sindrom down, Bella, yang didakwa didera di sebuah kondominium pada 24 Jun lalu, yang dirakam oleh saksi pendakwaan pertama, Yasmin Nahar Mahmood. 


Peguam Nur A'minahtul Mardiah Md. Nor, bertanya kepada saksi, adakah di dalam video tular itu Bella ada menyebut nama Siti Bainun. Yasmin menjawab, 'tidak'. 


"Dalam video itu, Mommy (saksi pendakwaan pertama Zurianty Sudin) ada bertanya kepada Bella, siapa ikat dan Bella mengatakan 'Shomin' (panggilan Bella terhadap Yasmin). Betul?" soal peguam itu dan saksi menjawab, 'Betul',


Dalam prosiding lalu, Zurianty yang juga merupakan rakan baik kepada Siti Bainun, menafikan dakwaan kononnya video itu dirakam bagi tujuan Siti Bainun ditahan, selain bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dia menulis 'hari-hari' di laman sosial Facebook 'counting days' (menghitung hari berhubung kes Bella). 


Terdahulu dalam prosiding sama, saksi pendakwaan kelima itu menafikan bahawa segala keterangan yang diberikan pada mahkamah adalah untuk 'mengenakan' Pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali agar dia dimasukkan dalam penjara. 


Yasmin juga menafikan bahawa semua keterangannya adalah palsu, selain dia dan bapanya telah dibayar. 


Apabila ditanya soalan cadangan peguam Nur A'minahtul Mardiah Md. Nor bahawa saksi telah menipu sejak hari pertama memberi keterangan. Tetapi saksi tidak bersetuju. 


"Saya cadangkan Yasmin menipu dari hari pertama supaya Bainun dimasukkan penjara? Yasmin setuju?" soalnya tetapi saksi menjawab 'tidak setuju'. 


Peguam turut menyanggah kenyataan Yasmin yang sebelum ini mendakwa lutut Bella telah dipijak oleh Siti Bainun. Ini berikutan laporan perubatan mengesahkan lutut Bella tidak pernah patah, berat Siti Bainun juga 150 kilogram. Peguam berkenaan berkata, itu merupakan penipuan Yasmin kali ke-26. 


Sumber: Kosmo

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo