Slider

'4 pagi beratur nak ambil no giliran, public service tak patut camni' - Rakyat bengang dengan tahap perkhidmatan Jabatan Imigresen

Gambar sekadar hiasan | Sumber: Majoriti

Heboh di media sosial netizen meluahkan rasa kesal dan kecewa mereka terhadap mutu perkhidmatan Jabatan Imigresen yang dikatakan tidak memuaskan hati. 


Ada yang mendakwa, aduan atau teguran telah pun dibuat sebelum ini. Malangnya tiada penambahbaikan yang dibuat dan masalah yang sama kerap berulang sehingga 'Abang Jamil mampos'. 


Menurut laporan Kosmo! Online, majoriti mengadu mengenai masalah yang sama ketika ingin memohon, memperbaharui dan mengambil pasport. 


"Kawan saya beratur untuk mengambil pasport pada jam 4 pagi, semalam. Mereka juga bukan orang yang pertama sampai di situ. Perkhidmatan awam tidak sepatutnya menjadi seperti ini. Kita tak bayar cukai untuk dllayan seperti ini," tulis Numan di Twitter, tanpa menyatakan lokasi kejadian.


"Aku masih berasa bengang dengan sistem imigresen ni. Hari tu nak ambil pasport kat Jalan Duta, jam 4.30 petang dia beritahu nombor dah habis. Lepas kena asak baru dapat. Jadinya beratur tiga jam dan proses satu jam," kata Amir di Facebook. 


"Nothing new. Begitulah tahap servis gomen pun kan. Kiupeks mana? Tak bersuara kah? Bab gaji, cepat je kau kan?" kata Hie. 


"Itu belum lagi lunch hour jam 1 petang, dah keluar jam 12.30 tengah hari. Tutup kaunter dan datang balik jam 2.30 petang. Wei, panjang betul lunch time korang. Meanwhile orang yang menunggu kena tahan lapar dan dahaga, takut hilang giliran," kata Same. 


Ada yang menyarankan, tiga urusan berkenaan dilakukan di pejabat Imigresen yang tidak begitu sesak bagi mengelakkan tempoh masa menunggu yang terlalu lama. 


"Saya baru perbaharui pasport dan collection point di JIM Cameron Highlands. Hari tu datang ambil tekan nombor, sahkan cap jari dan siap kurang 10 minit. 


"Cuba kawan pilih tempat ambil yang kurang sibuk tetapi masih berdekatan. Walaupun dua jam dari rumah pun masih berbaloi daripada beratur sampai petang," kata Finiesera. 


Sumber: Kosmo Online, Forum Cari

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo