Slider

'Anak maklumkan dia diliwat pelajar senior (pusat tahfiz) sejak tahun 2020'



Seorang kanak-kanak dari sebuah pusat tahfiz di Sungai Petani, Kedah, mendakwa telah diliwat pelajar senior sejak beberapa tahun lalu. 


Menurut ibu mangsa, Lina, 30-an, berkata kejadian itu tidak dimaklumkan oleh anak sulung dari tiga beradik itu kerana bimbang dan takut dengan ugutan suspek akan memukulnya. 


Hal itu terbongkar selepas anaknya bersama dengan dua lagi rakannya bertindak melarikan diri dari pusat tahfiz berkenaan kerana tidak tahan dibuli oleh pelajar senior terbabit. 


"Pada Rabu, saya dimaklumkan oleh kakak ipar bahawa anak saya melarikan diri dari tempat pengajian tahfiz di sini. Apabila saya bertanyakan anak kenapa dia berbuat demikian, dia memaklumkan dia tidak tahan kerana telah diliwat oleh pelajar senior sejak tahun 2020. 


"Anak juga mendakwa dua lagi rakannya turut dibuli senior menyebabkan mereka melarikan diri," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa. 


Pihaknya kini sedang menunggu arahan selanjutnya untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. 


Sumber: Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo