Slider

Isteri kerat buah zakar suami pemalas guna chainsaw sebelum dimasak dalam ketuhar



Seorang wanita didakwa memotong buah zakar suaminya menggunakan gergaji rantai (chainsaw) sebelum dimasak dalam ketuhar, ditahan atas tuduhan membunuh, lapor Daily Star. 


Suspek, Teresa Peric, 46, dipercayai telah memberi dadah kepada suaminya, Srdjan Peric, 42, yang kemudian tidak sedarkan diri. Di kesempatan itu, Teresa menikamnya berulang kali sehingga mati. Mayat mangsa kemudian dipotong kepada beberapa bahagian, lalu direbus dalam periuk besar. 


Kejadian mengerikan itu dilaporkan berlaku di pada jam 9 malam, Selasa 10 Mei 2022 di kediaman keluarga berkenaan di Zrenjanin, Serbia.


Anak perempuan Teresa, D. Lj, mengaku menjadi saksi pembunuhan mengerikan itu. Dalam keterangan kepada polis, D. Lj memaklumkan bapa tirinya tersedar ketika ditikam dan sempat merangkak ke bilik. Teresa tanpa rasa belas kasihan menikam mangsa menggunakan pisau bertubi-tubi.


Takut melihat tindakan ibunya, D. Lj berlari untuk mendapatkan adik lelakinya dan dalam masa sama terdengar bunyi gergaji besi dari dalam rumah. 


Dua beradik berkenaan hanya dibenarkan masuk selepas mereka mengugut mahu menghubungi polis dan sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah, mereka ternampak mayat Srdjan yang telah dipotong dan bersepah di atas lantai. 


Menurut D. Lj, ibunya pernah memberitahu yang dia mahu membunuh Srdjan walaupun dipujuk agar tidak berbuat demikian. Dalam keterangan kepada polis, D. Lj dan beberapa jiran lain mengakui pasangan itu kerap bertengkar disebabkan perasaan cemburu dan sikap malas Srdjan. Walaupun Teresa dan Srdjan kerap bertengkar dan berpisah, pasangan itu akan kembali bersama.


Dalam satu insiden yang berlaku baru-baru ini, Teresa bertindak membakar tilam ketika Srdjan sedang tidur. 




Teresa dan Srdjan telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun. Dalam tempoh itu, Srdjan pernah direman selama sebulan selepas Teresa membuat laporan polis terhadapnya. Sejak kejadian itu, Srdjan tidak dibenarkan mendekati Teresa tetapi mereka tidak mengendahkan perintah tersebut. 


Semakan rekod mendapati, Teresa mempunyai empat anak dari empat perkahwinan yang terdahulu dan tiada seorang pun daripada mereka adalah anak Srdjan. 


Teresa dan Srdjan dilaporkan mengambil ubat untuk merawat masalah kesihatan mental dan jiran mendakwa Teresa juga terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. 


Apabila polis tiba di rumah pasangan itu mendapati mayat Srdjan dalam keadaan telah dipotong dan berlumuran darah. Teresa serta-merta ditahan kerana disayaki membunuh.


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo