Slider

'Itu makan dia, suka hati kepala bapak dia je nak tambah' - Netizen puji tindakan tegas PBT



Padah mengubahsuai rumah flat, pemilik rumah terpaksa berputih mata apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan struktur bangunan tambahan yang dibina tanpa kelulusan. 


Gambar proses meroboh struktur tambahan itu tular di media sosial baru-baru ini, mengundang pelbagai reaksi netizen yang majoritinya berpuas hati dengan tindakan tegas PBT. 


Difahamkan, pemilik flat tingkat bawah berkenaan melakukan pengubahsuaian yang melampau sehingga mengambil ruang bukan miliknya. Ruang tambahan itu dipercayai dibina untuk dijadikan sebagai bilik dan ruang tamu. 


Bagaimanapun, hasrat pemilik rumah itu tidak kesampaian dan dipercayai ada penduduk yang membuat aduan kepada PBT yang kemudian datang membawa jentera untuk merobohkan dinding tambahan itu pada 25 Mei 2020. 


Tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, namun di media sosial netizen mengecam ketamakan pemilik rumah berkenaan. 


"Alamak, habis duit KWSP hahaha! Itu makan dia, main suka hati kepala bapak dia je nak tambah-tambah. Orang biar basgi siap dulu, baru roboh. Barulah putih mata tuan rumah," kata Abam Zamree. 


"Ada pepatah mengatakan, 'Kalau takut dilambung jentolak, jangan memandai tambah modify di rumah strata'," kata Hazrel. 


"Inilah yang dikatakan B40 tapi selera T20. Dah duduk flat, tapi berangan condo, bunggalow, mahligai. Dia punya extend tu kadang orang duduk tingkat atas nak tutup paip rumah sendiri pun segan kena lalu 'kawasan' rumah dia. Belum sentuh part parking lagi," kata Razzi. 


"Orang renovate rumah buat flat macam kondo mewah. Dia renovate tambah rumah. Kan dah kena buku dengan ruas. Hahahaha!" kata Jasmine. 


Dalam pada itu, netizen juga menggesa PBT mengambil tindakan yang sama terhadap pemilik rumah berhampiran yang dilihat membuat binaan tambahan tanpa kelulusan.


"Yang belakang, bumbung biru tu, tak nak robohkan sekali ke? Siap dah cat bagai, takkan PBT nak buat buta je? Kalau tak nak roboh, PBT kena bagi penjelasan," kata Rashydan. - The Reporter

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo