Slider

Kumpulan pertama pekerja asing (sektor perladangan) akan tiba di KLIA malam ini & disambut oleh Menteri

Sekadar hiasan | Foto Khors Report



Kumpulan pertama pekerja asing bagi sektor perladangan dijadualkan akan tiba di Malaysia pada malam ini, lapor Free Malaysia Today (FMT). 


Tenaga kerja dari Indonesia itu dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.10 malam ini dan ketibaan mereka akan disambut oleh Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono. 


Kemasukan pekerja asing itu merupakan pengambilan yang pertama setelah pengambilan tenaga kerja asing dibekukan sejak pandemik Covid-19. 


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Sumber Manusia pada September lalu telah bersetuju untuk mempercepatkan pengambilan 32,000 pekerja asing di Malaysia. 


Sebelum ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin berkata, pekerja terbabit akan tiba di Malaysia pada Mei dan Jun di bawah kuota khas kerajaan. 


Sumber: Free Malaysia Today

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo