Slider

Lelaki diperkosa pengedar dadah kerana gagal bayar hutang RM2,759



Seorang lelaki muda diperkosa pengedar dadah kerana gagal membayar hutang berjumlah £500 (RM2,759), lapor portal Daily Star. 


Mangsa berusia 22 tahun diserang secara seksual di sebuah pulau yang dikawal oleh kumpulan penjahat yang selalu memanipulasi golongan muda untuk terbabit dalam aktiviti dadah. 


Maklumat terperinci mengenai kejadian itu dikongsi di Parlimen Isle of Man, ketika sesi perbahasan, yang mendedahkan bahawa kumpulan-kumpulan dari Liverpool dan Merseyside di England, menjadi ancaman terbesar buat masyarakat di pulau itu. 


"Ya, lelaki berusia 22 tahun diperkosa oleh pengedar dadah berusia 30 tahun kerana gagal membayar hutang RM2,759," kata Ahli Majlis Perundangan, Tanya August-Hanson. 


Difahamkan, suspek yang melakukan serangan seksual itu tidak didakwa di mahkamah kerana mangsa enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. 


Sementara itu, Ketua Konstabel dari Pasukan Konstabel Isle of Man, Gary Roberts berkata, kejadian itu berlaku akibat daripada keadaan ekonomi dadah di pulau berkenaan, yang disokong oleh kumpulan-kumpulan dari Merseyside. 


"Kes rogol seumpama itu adalah situasi yang sering berlaku disebabkan oleh hutang dadah. Ia tidak berlaku kepada sebahagian kawasan di pulau ini sahaja. Keluarga-keluarga dari kelas pertengahan pernah mengalami isu-isu seperti ini. 


"Kumpulan-kumpulan yang dikenali di Merseyside akan memanipulasi penjenayah di Isle of Man untuk menjuak dadah bagi pihak mereka. 


"Saya sudah berada dalam bidang polis ini selama berpuluh-puluh tahun dan saya tahu bahawa di luar London, Merseyside sentiasa menjadi pusat perdagangan dadah," katanya. 


Sumber: Daily Star, Kosmo

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo