Slider

Mahkamah bebaskan Da'i Syed dari pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii & cabul



Pendakwah Selebriti, Da'i Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, dibebaskan dari dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. 


Keputusan itu dibuat selepas Hakim Jamaludin Mat membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan itu. 


"Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepaskan dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan RM25,000) dikembalikan," katanya. 


Syed pada Disember 2020 dituduh melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, antara jam 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020. 


Bagaimanapun, Syed mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut yang didakwa mengikut Seskyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Bagi pertuduhan kekerasan jenayah pula dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo