Slider

Netizen luah rasa tak puas hati, Jovian ikut PM Ismail Sabri buat lawatan kerja ke Jepun

Foto Bernama



23 Mei lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri tiba di Tokyo, Jepun bagi memulakan lawatan kerja rasmi di negara itu selama enam hari. 


Pertemuan secara fizikal itu akan memberi peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada dan kolaborasi pelbagai bidang. 


Apa yang menarik perhatian netizen baru-baru ini adalah, lawatan rasmi itu turut disertai oleh menantunya, Jovian Mandagie, mencetuskan pelbagai persoalan. 



"Jovian ikut? Apahal? Apa kapasiti dia? Nak jual kimono pulak lepas ni?" kata pengguna Twitter, Mustafa Akmal. 


Ciapan itu sudah tentu mengundang banyak tanda tanya, tetapi ada yang bersangka baik kehadiran Jovian mungkin kebetulan atau mempunyai urusan perniagaan miliknya. 


"Bazir duit nga gitu je cukai kita. Sah-sah keluar negara guna duit cukai negara. Bawa pulak Jovian," tulis @Amirzen11. 


"Biasalah, jawapan Jovian: I pergi duit sendiri sambil tinjau peluang bisnes. Tak caya, gi tengok IG dia. Sama, macam dia jawab kes heli, banjir aritu. Dia mampu, apadahal?" tulis @Symbahazel72. 


"Bila lagi dah nak makan angin taraf menteri, dapat escort polis Jepun bagai. Untunglah jadi anak beranak Keluarga Malaysia ni," tulis @naiza117. 


Netizen turut berkongsi gambar Jovian memuat naik gambar pemandangan di Jepun, di Instagram. 




Semakan di media sosial, usahawan pelitup muka itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan netizen itu. 


Sumber: Murai.my

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo