Slider

Pelajar kolej perkosa gadis bawah umur hingga melahirkan anak luar nikah, diburu polis

Foto sekadar hiasan sahaja



Seorang pelajar kolej swasta disyaki terbabit dalam kes rogol gadis bawah umur di Beseri, sedang giat dikesan polis. 


Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada Oktober 2021 yang menyebabkan mangsa berusia 16 tahun hamil dan melahirkan anak di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, semalam. 


Pegawai Perubatan HTF membuat laporan polis pada jam 8.45 pagi dan memaklumkan mengenai remaja berkenaan yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah telah melahirkan anak luar nikah pada Sabtu lalu.


Polis kemudian bertemu dengan mangsa dan merakam keterangannya. Mangsa mendakwa dia telah diperkosa oleh teman lelakinya berusia 25 tahun yang juga merupakan seorang pelajar kolej swasta di Shah Alam, Selangor, di sebuah bilik di Padang Besar, pada Oktober 2021. 


Mangsa kemudian melakukan pemeriksaan di sebuah klinik swasta dan disahkan hamil tujuh minggu. Namun dia tidak memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau sesiapa sehinggalah bayi itu dilahirkan. 


Suspek telah dikenal pasti dan polis akan membuat tangkapan dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo