Slider

Pelajar Tingkatan 2 dakwa diliwat guru agama sejak 2018 di Tanah Merah



Polis menahan seorang guru sekolah agama di Tanah Merah kerana disyaki terbabit kes liwat pelajar lelaki Tingkatan Dua semenjak 2018, semalam. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang juga merupakan warden asrama berusia 30-an itu ditahan selepas pihaknhya menerima laporan polis daripada mangsa.


Menurut laporan mangsa yang dibuat semalam, dia diliwat semenjak 2018 yang ketika itu dia berusia 12 tahun dan perbuatan keji suspek kemudian dimaklumkan kepada ibu bapanya, lalu membuat laporan polis. 


Polis kini sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian, termasuk mendapatkan keterangan dari mangsa beberapa kali diliwat oleh suspek. Mangsa juga akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 


Semakan rekod mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro, Astro Awani

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo