![]() |
Foto Faiq Bolkiah | Bangkok Post |
Dilaporkan sebagai pemain bola sepak terkaya dunia, bagaimanapun, anak saudara kepada Sultan Brunei, Faiq Bolkiah yang berusia 24 tahun masih belum berjaya menjaringkan gol untuk kelab baharunya, Chonburi FC.
Difahamkan, Faiq dilahirkan di Los Angeles dan mendapat pendidikan di England berimpian menjadi pemain bola sepak dengan menyertai akademi Southampton sebelum menjalani latihan bersama Reading dan percubaan di Arsenal.
Chelsea kemujdian menyambarnya dengan kontrak selama dua tahun, tetapi kontrak tersebut tidak dilanjutkan, lalu menyertai Leicester pada 2016 sehingga dilepaskan empat tahun kemudian.
Menurut laporan, Faiq yang miliki kekayaan RM87.6 bilion itu membuat penampilan sulungnya bersama kelab Thailand itu setelah gagal di England bersama Arsenal, Chelsea dan Leicester.
Perpindahan itu menawarkannya talian hayat dalam kariernya selepas dilepaskan oleh pasukan Portugal, Maritimo pada akhir tahun 2021.
Meskipun Faiq bermula dengan cemerlang dan menerima anugerah pemain terbaik pelawanan sebanyak dua kali, malangnya dia gagal menjaringkan gol sepanjang 14 penampilan bersama kelab itu.
Pemain sayap itu juga tidak memperoleh masa permainan yang maksimum di mana lima daripada penampilannya bermula dari bangku simpanan, manakala dia dikeluarkan pada separuh masa selepas membarisi kesebelasan utama dalam dua perlawanan.
Dalam perlawanan terbaru di mana Chonburi tewas 1-4 kepada Pathum United, dalam perlawanan terakhir mereka musim ini, menyaksikan kelab itu menamatkan saingan liga di tempat ketujuh.
Sejak itu, dia menulis di Instagram, "Terima kasih peminat atas sokongan anda musim ini. Anda sangat luar biasa".
Sumber: Daily Star, Harian Metro, Bangkok Post