Slider

Pemain bola sepak tolak & heret remaja perempuan ke dalam bilik, lalu dirogol

Foto hiasan



Polis menahan seorang pemain bola sepak tempatan bagi membantu siasatan kes rogol yang membabitkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di Kelantan. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan pada malam Ahad lalu setelah pihaknya menerima laporan dari mangsa. 


Berdasarkan laporan, mangsa yang bekerja sebagai jurujual kain dan tudung berada di kediamannya di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Mangsa keluar dari bilik pada jam 12.30 tengah hari Ahad, untuk membuang sampah. 


Tiba-tiba mangsa didatangi suspek yang menolaknya dari belakang, lalu diheret ke katil dalam bilik tidur. 


Mangsa cuba melawan dan menjerit, tetapi sia-sia. Ketika kejadian, ahli keluarganya juga tiada di rumah dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol oleh suspek. 


Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat satu kesan koyakan baharu. 


Siasatan awal mendapati, mangsa mengenali suspek yang juga pelanggan tetap di kedai makan milik ibunya. Mangsa mengakui pernah menerima gambar dan mesej berbaur lucah daripada suspek melalui aplikasi WhatsApp pada tahun lalu, ketika dia masih bersekolah. 


Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah ditahan di Kampungg Kijang, Jalan PCB, pada hari yang sama. Polis turut merampas pakaian yang digunakan suspek pada waktu kejadian. 


Suspek direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo