Slider

Syak suami curang, isteri paksa 5 pekerjanya rogol wanita yang dipercayai kekasih suaminya



Seorang wanita ditahan polis kerana menjadi dalang dalam rancangan merogol wanita yang disyaki menjalinkan hubungan dengan suaminya, di Hyderabad, India. 


Suspek yang dinamakan polis sebagai Gayatri, terdahulu mengesyaki suaminya, Srikanth, menjalinkan hubungan dengan mangsa yang menumpang di rumah mereka di Koloni Sriramnagar, Kondapur, India, ketika Gayatri berada dalam keadaan tidak sihat.


Selepas beberapa bulan kemudian, Gayatri yakin bahawa suaminya dengan mangsa adalah pasangan kekasih, lalu merancang untuk membalas dendam dengan memaksa lima pekerjanya terlibat dalam serangan seksual itu. 


Sumber polis berkata, Gayatri mengumpan mangsa masuk ke bilik di mana lima suspek lelaki sedang menunggunya. 


Gayatri merakam keseluruhan kejadian itu dan mengancam akan menyebarkan video itu di media sosial sekiranya mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis. 


Mangsa yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu dibawa keluarganya ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Polis berkata, enam suspek termasuk Gayatri telah ditahan. Lima suspek terbabit berusia dari 22 hingga 32 tahun. 


Seorang pegawai kanan polis berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran kes tersebut kepada umum kerana ramai pihak yang mengajukan soalan mengenai kejadian itu. 


Ibu suspek memaklumkan, Gayatri sebelum ini pernah berkahwin, tetapi telah meninggalkan suaminya untuk bersama dengan Srikanth. Dia tidak dapat mengesahkan sama ada perhubungan Srikanth dengan Gayatri adalah sah atau sebaliknya. 


Kes rogol dan serangan seksual adalah masalah utama dalam masyarakat India. Pada tahun 2020, jumlah kes rogol yang dilaporkan di India melebihi 28,000. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo